Seo Services

Liga M: Sarawak Tidak Akan Tarik Diri


KUCHING: Disebalik kemelut yang melanda beberapa pasukan dalam Liga Malaysia disebabkan masalah kewangan, Sarawak bertekad untuk terus bersaing dalam saingan musim depan meskipun kos perbelanjaan dan operasi pasukan terpaksa dikurangkan.

Beberapa pasukan termasuk Perlis, Kelantan dan Selangor mengancam untuk menarik diri daripada saingan musim depan ekoran menghadapi masalah kewangan.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Abdul Wahab Rahim berkata, Sarawak tidak akan menarik diri walaupun isu kewangan disifatkan sebagai kekangan utama.

Malah menurutnya, FAS mengambil langkah penjimatan bagi meneruskan misi bersaing dalam kempen Liga Malaysia 2017.

"Kita masih boleh meneruskan perjalanan persatuan walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan dengan menggunakan 80 peratus pemain tempatan," katanya.

Menurut Wahab lagi, FAS mampu menjimatkan 40 peratus perbelanjaa pasukan semusim berbanding RM12 juta diperlukan untuk operasi pasukan sebelum ini.

"Kita mungkin hanya akan guna RM7 juta jika dibandingkan RM12 juta sebelum ini," ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan Sarawak, beliau berkata, setakat ini persiapan pasukan pada tahap 90 peratus siap.

"Pasukan buat masa ini berada di Perth (Australia) untuk mengikuti perlawanan pra musim menentang beberapa pasukan kelab," jelasnya.-Sarawakiana
Liga M: Sarawak Tidak Akan Tarik Diri Liga M: Sarawak Tidak Akan Tarik Diri Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.