| Gambar hiasan |
Di Sarawak terdapat pelbagai jenis rawatan untuk menyembuh penyakit. Pada era moden ini memang tidak dinafikan perubatan moden semakin mendapat tempat di Bumi Kenyalang tetapi cara tradisional turut tidak dilupakan dan masih diamalkan oleh setiap kaum terutama masyarakat Iban.
Dalam kepercayaan masyarakat Iban, mimpi adalah satu petanda yang boleh mempengaruhi kehidupan harian. Oleh yang demikian, masyarakat Iban mempunyai cara perubatan tertentu jika mendapat mimpi yang buruk.
Di sini peranan 'MANANG' begitu besar bagi masyarakat Iban. Manang (Pawang) berfungsi untuk menghalang sesuatu kejadian yang tidak diingini bila terdapat individu dalam masyarakat mendapat mimpi buruk.
Manang akan datang ke rumah individu tersebut pada waktu petang yakni ketika matahari terbenam. Dengan kelengkapan tradisional seperti minyak dan sebagainya sebagai bahan rawatan tradisional.
Upacara rawatan akan berlangsung dari tengah malam sehingga awal pagi dan upacara menggantung piring adalah penamat upacara.
Bukan setakat Manang menggunakan rawatan tradisional yang difokuskan, tetapi penglibatan masyarakat Iban dalam rumah panjang tersebut begitu menarik untuk diketengahkan apabila peranan manang dilihat sebagai penyatu hubungan masyarakat Iban rumah panjang.-Sarawakiana
'MANANG' Orang Penting Dalam Masyarakat Iban
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
No comments: