Seo Services

Mata Kail 'Melekat' Di Muka


BAGAN SERAI: Lelaki terpaksa dikejarkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bagi mengeluarkan mata kail yang menembusi kulit berhampiran mata kanannya, hari ini.

Mangsa, Aely Fazirin Abu Bakar, 30, dibawa menaiki ambulans oleh anggota Klinik Kesihatan Telok Medan dekat sini, selepas kejadian itu yang berlaku ketika mangsa memancing ikan haruan.

Ketua BBP Bagan Serai, Abdul Jalil Nasir berkata, pihaknya segera melakukan tugas memotong dan menanggalkan mata kail berkenaan sebaik mangsa tiba di balai pada 7.15 malam.

"Kami terpaksa menggunakan pemotong khas bagi memotong dan menanggalkan mata kail yang sudah berkarat itu.

"Pihak bomba mengambil masa kurang lima minit bagi menanggalkan mata kail berkenaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian mendapatkan rawatan susulan dan tugas itu selesai pada 7.20 malam.-myMetro
Mata Kail 'Melekat' Di Muka Mata Kail 'Melekat' Di Muka Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.