PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas terjatuh di sebuah kondominium di Bandar Kinrara dekat sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 9.25 pagi Jumaat oleh pihak keselamatan Zest Condo.
Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka melihat seorang lelaki berjalan mundar mandir berhampiran tingkap yang terbuka daripada tingkat enam Blok ZB kondominium itu.
Beliau berkata, lelaki itu ditemui terbaring mati di tingkat satu.
Dia disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Serdang.
ACP Chong berkata mangsa dikenal pasti sebagai Retnaswaran Thambidorai.
Beliau berkata, pemeriksaan polis di unit kondominium mangsa mendedahkan bahawa ia telah dikunci dan kosong.-mstar
Maut Jatuh Tingkat Enam Kondominium
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:

No comments: