Seo Services

Skuad Futsal Sarawak Mampu Lepasi Pusingan Kelayakan


KUCHING: Skuad futsal Sarawak optimis untuk melakar kejutan bagi merebut salah satu daripada dua slot pada pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2017 yang bakal berlangsung di Shah Alam dari 21 hingga 23 Disember.

Pengurus pasukan, Hamzah Brahim percaya pasukannya mampu memberikan keputusan positif untuk layak ke pusingan liga.

Menurutnya, sekiranya keputusan positif mampu dicapai, sudah pasti akan meningkatkan semangat kepada golongan belia di Sarawak yang meminati sukan futsal termasuk pasukan bola sepak negeri yang akan bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

"Dengan barisan pemain baharu dan lama, kita berharap semua pemain akan memberikan semangat yang tinggi dan bermain dengan bersungguh-sungguh melibatkan persaingan sembilan pasukan seluruh negara," kata Hamzah yang juga Exco Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pada Majlis Makan Malam Bersama Skuad Futsal Sarawak di sini, malam tadi.

Antara pasukan lain yang turut serta pada pusingan kelayakan merangkumi Perlis, Pulau Pinang, ATM, Pulau Pinang MPPP, KL Petaling Putra, KL City FC, Pahang Kuantan Rangers FC dan Sabah Quilmes FC.

Sarawak akan dibarisi Mohammad Alim Mohamad Mahmud, Ahmad Adziemy Bohan, Mohd Khairolazlin Sahari, Mohd Asrulah Drahman, Muhamad Erzuan Gapar, Mohd Faizal Zamri, Wan Muhammad Nur Azhar Wan Ahmad, Muhammad Nizam Subir, Azlan Shah Tahir, Mohd Dzohrill Hafeeq Ismawi, Mohd Izzmal Aizza Tuah, Mohammad Azierul Joss, Awang Ahmad Alauddin Awang Nordin dan Remenor Pit.-Sarawakiana
Skuad Futsal Sarawak Mampu Lepasi Pusingan Kelayakan Skuad Futsal Sarawak Mampu Lepasi Pusingan Kelayakan Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.