Seo Services

Maut Terjauh Dari Tingkat Tujuh


PUCHONG: Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah pangsapuri di Bandar Kinrara di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 40-an maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bawah banggunan berkenaan.

"Pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan kematian mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.-myMetro
Maut Terjauh Dari Tingkat Tujuh Maut Terjauh Dari Tingkat Tujuh Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.