Seo Services

Menjaring Ikan Berakhir Dengan Kematian Warga Emas


KOTA SAMARAHAN: Aktiviti menjaring ikan berakhir dengan tragedi apabila seorang warga emas ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, dipercayai lemas di tebing sungai Kampung Serpan Laut, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Sidi Jiman, 78, dikatakan turun ke sungai pada waktu pagi dan kebiasaannya akan balik semula pada sebelah petang.

Bagaimanapun, kehilangan mangsa disedari apabila perahunya ditemui tersadai kira-kira lapan kilometer dari jeti kampung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan Hashim Ramelan berkata, lima anggota dikerahkan ke lokasi untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat susulan menerima panggilan kecemasan pada jam 4.27 petang

Katanya mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada jam 1.55 pagi.

“Mangsa ditemui pada jarak 100 meter dari pos kawalan bomba,” katanya ketika dihubungi semalam.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2 pagi.-UB
Menjaring Ikan Berakhir Dengan Kematian Warga Emas Menjaring Ikan Berakhir Dengan Kematian Warga Emas Reviewed by Unknown on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.