Seo Services

Menteri Tertipu Berita Palsu Serangan Nuklear


ISLAMABAD: Menteri Pertahanan Pakistan mengancam membalas ‘serangan nuklear’ Israel selepas berita palsu mencetuskan konfrontasi di media sosial antara dua negara itu.

Khawaja Asif memberi maklum balas terhadap berita yang direka dan disiarkan portal berita AWDNews bertajuk ‘Menteri Pertahanan Israel: Jika Pakistan hantar tentera darat ke Syria tidak kira apa alasannya, kami akan menghancurkan negara itu dengan serangan nuklear.’

‘Berita’ itu menyebabkan Khawaja menjawab di Twitter: “Menteri Pertahanan Israel ancam balas serangan nuklear kerana sangka Pakistan main peranan dalam perang terhadap Daish di Syria. Israel lupa Pakistan juga negara nuklear.”

Susulan itu, Menteri Pertahanan Israel menjawab: “Kenyataan mengenai Pakistan itu palsu semata-mata.”

Israel tidak pernah mengesahkan atau menafikan kuasa nuklearnya walaupun dipercayai mempunyai keupayaan kuasa atom.

Kejadian itu menyebabkan Khawaja menjadi bahan jenaka pengguna Internet.

Wartawan Pakistan Nusrat Javeed berkata: “Program nuklear kita terlalu serius untuk dibiarkan dalam tangan ahli politik yang ‘gila’ Twitter.”

Masalah berita palsu semakin menular di media sosial dan mencetuskan pelbagai masalah.

Awal bulan ini, seorang lelaki bersenjatakan senapang memasuki restoran pizza di Washington kerana mahu menyiasat berita palsu yang mendakwa premis itu terbabit dengan rangkaian penculikan kanak-kanak yang dikaitkan dengan calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton. - AFP
Menteri Tertipu Berita Palsu Serangan Nuklear Menteri Tertipu Berita Palsu Serangan Nuklear Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.