Seo Services

Mohon Reman Pemandu Lori Tangki



SLIM RIVER: Polis akan memohon kepada mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman terhadap pemandu lori tangki yang mengakibatkan kemalangan sehingga mengorbankan suami isteri di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, polis akan membawa lelaki berusia 54 tahun itu yang cedera dalam kemalangan itu ke Mahkamah Majistret.

Dalam kejadian di Kilometer 371.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini petang semalam, pasangan suami isteri maut manakala dua anak mereka parah selepas Proton Exora dinaiki merempuh lori tangki yang terbalik dan melintang di tengah jalan.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada lori tangki yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh, mengalami pecah tayar sebelum merempuh penghadang di tengah jalan raya dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik.

Selain suami isteri, sembilan lagi cedera dalam kemalangan itu. – myMetro Online
Mohon Reman Pemandu Lori Tangki Mohon Reman Pemandu Lori Tangki Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.