Seo Services

Note 7 Tidak Jejas Keuntungan Samsung



 SEOUL: Keuntungan Samsung bagi suku keempat tahun ini dijangka tidak terjejas meskipun syarikat pengeluar telefon terbesar Korea Selatan itu terpaksa memanggil balik jualan telefon pintar Galaxy Note 7 di seluruh dunia.

Menurut laporan portal Android Authority, penganalisis kewangan dari Korea Selatan berpendapat, syarikat tersebut sebaliknya mungkin mencatat keuntungan tertinggi dalam masa tiga tahun.

Jelas portal itu, Korea Times melaporkan firma penyelidikan IBK Securities dan HMC Investment Securities meramalkan syarikat gergasi elektronik Korea Selatan tersebut akan mencatatkan untung operasi sebanyak 8.7 trilion won (RM32.3 bilion) bagi suku keempat tahun ini.

Sementara itu, dua lagi firma iaitu Kium Securities dan Hyundai Securities mengunjurkan untung yang lebih rendah pada 8.5 trilion won (RM31.5 bilion ), tetapi lebih tinggi berbanding 5.2 trilion won (RM19.3 bilion) yang direkodkan Samsung pada suku ketiga.

Walau bagaimanapun, angka tersebut hanyalah unjuran para penganalisis dan setakat ini tiada pengesahan dibuat oleh pihak Samsung.

Jelas portal itu lagi, para peng­analisis percaya perniagaan semikonduktor Samsung akan membantu memulihkan syarikat tersebut, disebabkan harga kukuh dalam segmen cip memori.

Dalam pada itu, ada pihak menjangkakan keuntungan keseluruhan Samsung boleh mencapai sehingga 36.8 trilion won (RM136.5 bilion) pada 2017. – agensi

Samsung cuba memulihkan reputasi syarikat tersebut selepas kejatuhan akibat skandal Galaxy Nota 7 yang mudah terbakar, dengan beralih ke telefon utama seterusnya, Galaxy S8 yang dijangka diumumkan secara rasmi pada April tahun depan.– Agensi
Note 7 Tidak Jejas Keuntungan Samsung Note 7 Tidak Jejas Keuntungan Samsung Reviewed by uMieySurianie on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.