Seo Services

Tangki Bawa 1,400kg Asid Nitrik Retak


SEREMBAN: Lori membawa muatan asid nitrik untuk dihantar ke Melaka terpaksa menghentikan perjalanan selepas tangki berkenaan bocor di Kilometer 249.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Hentian Senawang, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.43 malam sebelum sebuah jentera dan pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) ke lokasi.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tangki memuatkan 1,400 kilogram asid nitrik itu retak di bahagian atas dan kandungannya meruap keluar.

"Kita dapati tiada tumpahan berlaku, namun kita mengarahkan bahan itu dialihkan ke tangki lain sebelum meneruskan perjalanan kerana dikhuatiri boleh berlaku tumpahan.

"Kita meminta pemandu meletakkan lori di Hentian Senawang sementara menunggu penghantaran tangki lain oleh pihak syarikat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pemindahan bahan itu akan dilakukan pagi ini oleh pihak syarikat dengan pengawasan bomba.-myMetro
Tangki Bawa 1,400kg Asid Nitrik Retak Tangki Bawa 1,400kg Asid Nitrik Retak Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.