MOSCOW: Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas doktor mengeluarkan buat sementara jantungnya untuk mencabut dua anak panah di dadanya.
Pakar jantung di Russia melakukan pembedahan menakjubkan untuk menyelamatkan lelaki itu, termasuk mengeluarkan jantungnya dari tubuhnya, merawat kerosakan dan kemudian meletakkan organ itu semula ke dalam dadanya.
Lelaki beusia 53 tahun yang namanya tidak didedahkan, dikejarkan ke hospital di St Peterburg, bandar kedua terbesar di Russia dengan dua anak panah menembusi dada dan terkena jantungnya.
Dia masih sedar ketika tiba di hospital dan memberitahu petugas perubatan, dia cuba membunuh diri kerana sudah bosan hidup.
Dia memanah dirinya kali kedua selepas cubaan pertama gagal - Agensi
Panah Jantung Sendiri Kerana Sudah Bosan Dengan Hidup
Reviewed by Unknown
on
December 01, 2016
Rating:
No comments: