Seo Services

PBB Gesa Filipina Siasat Duterte Kerana Membunuh


MANILA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Filipina melancarkan siasatan terhadap dakwaan Presiden Rodrigo Duterte membunuh tiga orang ketika menjadi Datuk Bandar Davao dan semua pembunuhan berikutan kempen antidadah beliau.

Sejak Julai lalu apabila Duterte mengambil alih jawatan presiden, kira-kira 6,000 dibunuh dalam kempen memerangi dadah anjuran kerajaan, kira-kira satu pertiga maut dalam operasi antinarkotik polis dan bakinya dilakukan lelaki bertopeng menunggang motosikal dan kumpulan yang melaksanakan undang-undang sendiri.

Duterte memberitahu perhimpunan ahli perniagaan minggu lalu bahawa sebagai Datuk Bandar Davao beliau 'secara peribadi' membunuh tiga lelaki, yang terbabit dalam kes penculikan ketika pertempuran pada lewat tahun 1980-an.

"Pihak berkuasa perundangan Filipina perlu menunjukkan komitmen mereka untuk mempertahankan undang-undang dan kebebasan daripada pihak elit dengan melancarkan siasatan pembunuhan.

"Pembunuhan yang digambarkan Duterte juga melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk hak untuk hidup, bebas daripada keganasan dan paksaan, proses dan perbicaraan adil, perlindungan sama," kata Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad Al Hussein.

Beliau juga berkata 'ada maklumat mengejutkan mengenai pendakwaan sebenar' berhubung pembunuhan baru-baru ini walaupun polis melakukan siasatan mengenai ribuan pembunuhan dilakukan kumpulan tidak dikenali.

"Siasatan kukuh dan bebas perlu dibuka semula dengan segera mengenai pembunuhan di Davao, selain pembunuhan mengejutkan di seluruh negara sejak Duterte menjadi presiden," kata Zeid.

Sekutu Duterta di Kongres berkata presiden itu kebal daripada sebarang saman dan tidak boleh disiasat di atas tindakan yang dilakukan sebelum menduduki jawatan itu. - Reuters
PBB Gesa Filipina Siasat Duterte Kerana Membunuh PBB Gesa Filipina Siasat Duterte Kerana Membunuh  Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.