Seo Services

PDRM Umum Pertukaran Jawatan 22 Pegawai Kanan



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan arahan pertukaran membabitkan 22 pegawai kanannya, berkuat kuasa 19 Januari depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata mendahului senarai pertukaran adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, yang bertukar sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Katanya, jawatan Abdul Ghafar akan diambil alih oleh Datuk Chuah Ghee Lai, yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

"Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din pula akan bertukar sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat CP dan tempatnya akan diambil alih oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan.

"Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Datuk Ramli Hassan, akan ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, manakala Timbalan Pengarah III, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sahabudin Abd Manan, akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah, dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Sabah, SAC Omar Mammah, ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

"Pertukaran turut membabitkan Juruiring Kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sanusi Sidek, yang ditukarkan sebagai Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan Kepada Timbalan Perdana Menteri.

"Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zainal Abu pula akan bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, JPJKK Bukit Aman," katanya.

Pertukaran lain membabitkan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, JPJKK Bukit Aman, SAC Shamsudin Mat, ditukarkan sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor, Datuk Abd Razak Elias ditukarkan kepada Timbalan Pengarah III StaRT Bukit Aman. 

Sementara itu, Ketua Unit Penguatkuasaan Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zulkarnain Abd Rahman ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah dengan memangku pangkat SAC.- BH
PDRM Umum Pertukaran Jawatan 22 Pegawai Kanan PDRM Umum Pertukaran Jawatan 22 Pegawai Kanan Reviewed by Unknown on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.