Seo Services

Pekerja Asing Disyarat Jalani Pemeriksaan Saringan Kesihatan Berkala

SERDANG: Kabinet memutuskan untuk mensyaratkan pekerja asing menjalani pemeriksaan saringan kesihatan secara berkala, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata mereka diwajibkan menjalani pemeriksaan itu sebaik tiba di Malaysia untuk wabak tuberculosis (tibi) atau batuk kering, hepatitis B, siflis, HIV/AIDS, malaria dan epilepsi.

"Cuma tiga hingga empat peratus pekerja sah yang terlepas daripada menjalani pemeriksaan itu tetapi 94 peratus warga asing perlu melalui prosedur itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Makan Buah dan Sayur di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau melancarkan kempen itu bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) yang sedang berlangsung.

"Cabaran timbul apabila pekerja warga asing memasuki negara ini secara haram dan ia merupakan masalah besar di Sabah khususnya tibi di kalangan mereka (warga asing)," kata Dr Subramaniam. - BERNAMA
Pekerja Asing Disyarat Jalani Pemeriksaan Saringan Kesihatan Berkala Pekerja Asing Disyarat Jalani Pemeriksaan Saringan Kesihatan Berkala Reviewed by Azmin on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.