KUALA LUMPUR: Dua pelajar di sebuah sekolah di Johor Bahru mengaku melakukan adegan bercium dan lucah dalam sebuah video yang tersebar di laman Facebook sejak Jumaat lalu.
Memetik laporan The Star, kedua-dua pelajar terbabit yang berusia 13 tahun merupakan pelajar dari Sekolah Tinggi Foon Yew.
Perkara tersebut turut disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan, Tee Bee Tin berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pelajar terbabit.
Susulan itu katanya, satu perjumpaan bersama kedua-dua pelajar dan ibu bapa yang terlibat telah diadakan pada Isnin lalu.
Menurut Tee, ibu bapa pelajar lelaki terbabit mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.
"Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya," katanya memetik laporan akhbar tersebut.
Tee turut dimaklumkan bahawa pelajar lelaki berkenaan dan rakannya yang berusia 20 tahun yang sedang bekerja sebagai tukang masak di Singapura terlibat dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.
Dakwa ibu bapa pelajar terbabit lagi, rakannya itu mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat dan turut mengodam laman Facebook anaknya, kata Tee.
The Star melaporkan, video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di laman sosial Facebook pada Jumaat lepas memaparkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan yang lengkap memakai pakaian seragam sekolah sedang bercumbuan.
Selain adegan bercumbu, dilaporkan terdapat juga beberapa adegan lucah. - MalaysianDigest
Pelajar Sekolah Bercium, Buat Adegan Lucah Tersebar, Ibu Bapa Dakwa Anak Dianiaya
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: