MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang dialami oleh seorang wanita di China apabila terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit disebabkan kecuaiannya sendiri.
Menerusi sebuah video yang tersebar di laman Internet memaparkan seorang wanita cuba menekan butang mesin parkir automatik sebuah pusat beli-belah namun tidak sampai hingga dia terpaksa keluar dari kenderaan mewahnya menyebabkan kereta jenis Bentley itu bergerak sendiri merempuh dinding.
Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan wanita malang itu terlupa untuk menarik handbrake atau brek tangan kereta berkenaan.
Kereta Bentley itu bergerak dengan sendiri menuju ke bawah meskipun wanita itu cuba menahannya namun tidak berjaya apabila kereta mewah itu tetap meluncur laju sehingga merempuh dinding.
Wanita itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar nilai kerosakan yang dialami kereta bernilai £250,000 (RM1,407,378.43) itu. – MYNEWSHUB.CC
Video: Lupa Tarik 'Handbrake', Kereta RM1.5 Juta Rempuh Dinding
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: