Seo Services

Penduduk Geli, Ribuan Ulat Gonggok Busuk ‘Serang’ Flat



BUTTERWORTH : Penduduk di sebuah pangsapuri di sini gelisah apabila kediaman mereka “diserang” ribuan ulat gonggok hitam dan kuning sejak dua minggu lalu.

Bukan sahaja menggelikan, ulat yang memenuhi kawasan flat Pantai Bersih dan longkang berhampiran bangunan flat mengeluarkan bau busuk, lapor Harian Metro.

Penduduk hairan dari mana datangnya species artropod berkenaan memandangkan tidak banyak pokok di sekitar pangsapuri tersebut.

“Hanya ada beberapa pokok berhampiran flat selain kawasan semak yang dipagar untuk projek pembangunan,” kata Rajabi Abdul Rahman, 70.



“Jadi, kami hairan dari mana ulat berkenaan muncul dan merayap di kaki lima serta longkang sekitar flat hingga menimbulkan rasa geli kepada penduduk.”

Beliau juga risau haiwan itu mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak, khususnya rumah di tingkat bawah pangsapuri itu yang dimasuki species tersebut.

“Kami tidak pasti ia boleh menggigit atau tidak, tetapi baunya busuk hingga menimbulkan rasa kurang selesa,” kata Rajabi lagi.

Tinjauan akhbar itu mendapati ia bergerak berkumpulan dari kawasan lembap seperti longkang dan ada juga mati kerana digilis kenderaan.-Malay Mail
Penduduk Geli, Ribuan Ulat Gonggok Busuk ‘Serang’ Flat Penduduk Geli, Ribuan Ulat Gonggok Busuk ‘Serang’ Flat Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.