PUTRAJAYA: Malaysia Airlines memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan hampir lima jam penerbangan pesawat MH4 dari Kuala Lumpur ke London, hari ini.
Pengurusan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata penerbangan itu yang dijadual berlepas jam 9 pagi tadi ditunda sehingga jam 2 petang.
"Penerbangan terpaksa ditunda berikutan kerja membaik pulih segera pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Segala usaha dilakukan bagi mengurangkan kelewatan penerbangan dan MH4 akhirnya berlepas pada jam 2 petang tadi," katanya.
Tambah kenyataan itu, biarpun kesal dengan kelewatan berlaku, keselamatan kru dan penumpang tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.
Terdahulu, penerbangan terbabit ditunda beberapa kali, sehingga menimbulkan rasa kurang senang penumpang terhadap perkhidmatan disediakan syarikat penerbangan itu.-BH
Penerbangan Ditunda 5 Jam, Malaysia Airlines Mohon Maaf
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: