BERA - Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited terhadap usaha membantu masyarakat luar bandar dengan tumpuan khusus diberikan terhadap projek pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai inisiatif sedang giat dilakukan bagi memajukan kawasan luar bandar di seluruh negara termasuk menaik taraf jalan kampung, membina rumah mampu milik, dan pemasangan lampu jalan.
"Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memfokuskan kepada usaha membela orang kampung.
"Sebab itu dalam bajet kementerian, daripada RM9 bilion yang diluluskan pada bajet baru baru ini, RM5.3 bilion khas untuk pembangunan kawasan kampung iaitu 27 peratus daripada bajet pembangunan luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dan perbincangan isu-isu semasa di Dewan Komplex Rakan Muda Bera di sini, hari ini. – Bernama
Kerajaan Pergiat Projek Pembangunan Luar Bandar Seluruh Negara
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: