Seo Services

Penghargaan Kepada Mercy Malaysia Sarawak Chapter Suntik Semangat Sukarelawan



KUCHING: Majlis Penghargaan Makan Malam Sukarelawan Mercy Malaysia, Sarawak Chapter (MMSC) yang berlangsung malam tadi memberi suntikan semangat baru kepada sukarelawan untuk terus tampil membantu golongan yang memerlukan.

"Majlis ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada semua sukarelawan MMSC seluruh Sarawak yang berkesempatn untuk menghadiri dan menjayakan semua misi bantuan perubatan sepanjang tahun 2016.

"Tiga misi sukarelawan perubatan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Sarawak bagi tahun 2016," kata Pengerusi MMSC, Martin Jandom.ketika berucap pada Majlis Penghargaan Makan Malam MMSC di sini, malam tadi.

Bantuan berupa khidmat perubatan, pergigian dan sakit puan (pap smear) telah berjaya dibawa ke Sungai Selungo, Ulu Baram, Ba' Medamot, Ulu Limbang dan Rumah Jaong, Ulu Engkari.

"Perancangan program bagi tahun 2017 adalah untuk membawa bantuan di Long Semado, Lawas, Long Lobang, Lundu dan Kampung Salak, Kuching," ujar Martin.

Menurutnya, MMSC kini diarahkan untuk berada dalam keadaan bersiap sedia kerana kemungkinan akan dihantar untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Acheh.

"Pengharagaan turut diberikan kepada penaja utama UMW Corporation, CIMB Bank, Yayasan Sime Darby, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas kerjasama terbaik yang telah diberikan,"jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil daripada Ibu Pejabat Mercy Malaysia, Nur Hisyam Aziz dan wakil JBPM Sri Aman yang juga sukarelawan MMSC, Jilin Itar.-Sarawakiana
Penghargaan Kepada Mercy Malaysia Sarawak Chapter Suntik Semangat Sukarelawan Penghargaan Kepada Mercy Malaysia Sarawak Chapter Suntik Semangat Sukarelawan Reviewed by Azmin on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.