KUCHING : Peranan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam mempercepatkan pembangunan terutama dalam pembangunan pendidikan serta membaik pulih sekolah daif di Sarawak adalah sesuatu pendekatan yang konkrit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam bersetuju dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembangunan sekolah daif menerusi pendekatan tersebut.
"Pihak korporat juga dapat memainkan peranan dan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat dan bidang pendidikan negara ini.
"Di samping itu,dengan cara ini dapat mempercepatkan pembangunan semula sekolah daif yang terpilih selain dapat membantu menambah peruntukkan yang sedia ada," katanya kepada Sarawakiana.
Menurutnya, memang sudah menjadi kebiasaan sebuah syarikat menjalankan CSR dan adalah lebih baik ia disalurkan untuk bidang pendidikan khususnya membaik pulih sekolah.
"Peranan CSR tersebut lebih menjurus kepada bentuk infrastruktur pembangunan modal insan yang akan memberi keselesaan kepada para pelajar yang sering dihantui faktor keselamatan apabila keadaan sekolah yang tidak memuaskan.
"Pada masa sama dengan penglibatan syarikat melalui CSR ia memberi gambaran yang baik serta akan dikenang masyarakat sepanjang masa," ujarnya.-Sarawakiana
Projek CSR Berperanan Percepatkan Pembangunan
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: