Seo Services

Pentingkan Diri Sendiri, Laluan OKU Dihalang


DASAR pentingkan diri sendiri. Seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat susah apabila tidak dapat keluar menuju ke kenderaannya gara-gara sebuah kereta Honda menghalang laluan di antara tempat parking dan pintu masuk bangunan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Insiden pada Isnin lalu itu lantas menyebabkan mangsa terpaksa naik ke tingkat 6 dan turun semula ke tingkat 5 melalui jalan kereta.

Berang dengan sikap pemilik kereta tersebut, suami kepada mangsa kemudian memuat naik status dan gambar meluahkan rasa kecewanya di akaun Facebooknya, Ajam Pacheat.

Menerusi gambar yang dikongsi, kereta berwarna kelabu itu diletakkan dihadapan ruang masuk bangunan itu dan tiada ruang untuk kerusi roda wanita berkenaan melaluinya.

“Dek kerana selfish empunya kereta ni,wife aku tak dapat keluar menuju ke kereta kami.

“Kami terpaksa naik ke tingkat 6 dan turun semula ke tingkat 5 melalui jalan kereta dengan hati2.

“Aku rasa jemu nak carot2 dalam FB ni… Jadikan pengajaran.jangan jadi bodoh,” tulisnya.

Posting Ajam menarik perhatian netizen hingga dikongsi lebih 1,400. – MYNEWSHUB.CC

Pentingkan Diri Sendiri, Laluan OKU Dihalang Pentingkan Diri Sendiri, Laluan OKU Dihalang Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.