Seo Services

Penunggang Motosikal Nyaris Maut Selepas Dirempuh Kereta


KUCHING: Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Ong Tiang Swee, di sini ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Patingan semasa kejadian menunggang motosikalnya menuju ke tempat kerjanya di Demak Laut sekitar jam 6 pagi.

Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di persimpangan lampu isyarat di tempat kejadian, mangsa dikatakan dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah berlainan sehingga menyebabkan dia terperosok di bawah kereta tersebut.

“Mangsa semasa kejadian dalam perjalanan menuju ke tempat kerja apabila sebuah kereta dikatakan melanggar mangsa sehingga mengakibatkan kaki dan tangan kanan mangsa dikhuatiri patah,” kata sumber.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa dan turut menghubungi pihak ambulans.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota paramedik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

Punca kemalangan masih dalam siasatan polis.-UB
Penunggang Motosikal Nyaris Maut Selepas Dirempuh Kereta Penunggang Motosikal Nyaris Maut Selepas Dirempuh Kereta Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.