Seo Services

Peragut Dibelasah Pejalan Kaki


KAMERA litar tertutup (CCTV) di sebatang jalan di China berjaya merakam insiden peragut lelaki dibelasah oleh seorang lelaki kerana cuba merompak seorang wanita tersebar di laman sesawang negara itu.

Rakaman itu dikongsi oleh sebuah akaun dikenali sebagai Qi Di Shi Bao menerusi laman Weibo berlaku pada 12 Disember lalu namun lokasinya tidak dinyatakan secara specifik.

Difahamkan akaun tersebut memiliki seramai 12 ribu pengikut di laman Weibo dan sering memuat naik video-video insiden yang berlaku di sekitar China.

Menerusi video yang tersebar, seorang wanita yang memakai jaket labuh baru sahaja keluar dari sebuah kedai dan berjalan di kaki lima jalan berkenaan sebelum diserang seorang lelaki tidak dikenali dari arah bertentangan.

Supek difahamkan cuba meragut bag tangan mangsa namun sempat dihalang oleh seorang pejalan kaki lelaki yang turut kebetulan berada di tempat kejadian.

Lelaki itu meluru ke arah suspek dan melepaskan tumbukan ke arahnya sebelum bertindak menerajangnya beberapa kali.

Suspek mengalah dan beberapa orang awam dilihat mengerumuni kedua-dua individu tersebut.

Tindakan pantas lelaki pejalan kaki itu menyelamatkan mangsa wanita itu mendapat pujian daripada warga netizen laman sosial Weibo sebagai tindakan yang berani.

Walau bagaimanapun, kesudahan disebalik kejadian itu tidak dapat dipastikan sama ada suspek ditahan ataupun tidak kerana laman tempatan negara itu tidak melaporkannya. – MYNEWSHUB.CC

Peragut Dibelasah Pejalan Kaki Peragut Dibelasah Pejalan Kaki Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.