GEORGETOWN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Timur Laut menyelamatkan kucing terjatuh ke dalam longkang di Taman Tun Sardon, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Prebet Zulhelmi Nasir dan dua rakannya dalam perjalanan ke kedai makan untuk menangkap ular sawa dipercayai memasuki ruang dapur kedai berkenaan.
Bagaimanapun ketika melalui jalan Hilir Pemancar, Zulhelmi terlihat dua penduduk memerhatikan sesuatu di dalam longkang di taman berkenaan, lalu memberhentikan kenderaan APM.
Selepas melihat kucing terjatuh ke dalam longkang yang mempunyai kedalaman dua meter, Zulhelmi dan dua rakannya, Prebet Hadi Sham Mohd dan Leftenan Muda Sabariah Ali terus membantu menyelamatkan kucing terbabit menggunakan tali.
Kucing berkenaan dapat diselamatkan dan diberikan kepada penduduk di taman berkenaan untuk dipelihara.-myMetro
Pergi Tangkap Ular, Selamatkan Kucing Dulu
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:

No comments: