Seo Services

Persepsi Indeks Jenayah Lebih Baik

Image result for zahid hamidi

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kajian persepsi indeks kadar jenayah telah mencapai 61 peratus pada tahun ini berbanding 80 peratus pada tahun lalu yang diukur berdasarkan tahap kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil kajian yang dilaksanakan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu menunjukkan pencapaian baik apabila melepasi sasaran 72 peratus selain mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebanyak 237.5 peratus di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menangani jenayah. 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, seramai 14,393 res­ponden telah diguna pakai dalam soal kaji selidik itu secara dalam talian. 

“Kajian tersebut turut mendedahkan sebanyak 65 peratus mempunyai kebimbangan terhadap kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka, bagaimanapun sebanyak 62 peratus tidak pernah membuat laporan polis. 

“Sebanyak 20 peratus telah menjadi mangsa jenayah, 67 peratus pula bimbang untuk berjalan di waktu malam manakala 48 peratus yakin dengan keupayaan polis untuk mengambil tindakan serta 41 peratus pula turut berkeyakinan mereka diberi bantuan ketika berlaku jenayah,” katanya di sini malam tadi. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, orang awam menunjukkan tahap puas hati dalam kadar 51 peratus terhadap perkhidmatan yang diterima di balai polis. 

Walau bagaimanapun jelas beliau, masyarakat masih bimbang dengan keadaan persekitaran yang gelap akibat kelemahan lampu-lampu jalanan dalam jumlah 70 peratus. 

“Sebanyak 65 peratus dalam kalangan orang awam masih ti­dak berpuas hati dengan keadaan kese­lamatan di kawasan letak kereta tanpa ada sistem pencahayaan yang baik,” katanya. - UTUSAN
Persepsi Indeks Jenayah Lebih Baik Persepsi Indeks Jenayah Lebih Baik Reviewed by Azmin on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.