Seo Services

PM Jepun Kunjungi Memorial Serangan Pearl Harbor


HONOLULU – Perdana Menteri, Shinzo Abe menjadi pemimpin Jepun pertama mengunjungi Memorial Kebangsaan Pasifik di tapak serangan Pearl Harbor kelmarin menjelang mesyuarat bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di sini.

Pemimpin-pemimpin Jepun pernah melawat Pearl Harbor sebelum ini, namun Abe menjadi orang pertama mengunjungi memorial tempat bersemadi 1,177 anggota tentera AS yang terkorban.

Kunjungan semalam berlaku 75 tahun selepas serangan Jepun pada Disember 1941 ke atas pangkalan armada Pasifik AS di Pearl Harbor dan membawa kepada Perang Dunia Kedua.

Kunjungan itu diadakan tujuh bulan selepas Obama dan Abe melakukan lawatan bersama ke bandar Hiroshima, Jepun yang dimusnahkan oleh sebutir bom atom pada tahun 1945.

Sebelum meninggalkan Jepun, Abe berkata, beliau melawat Pearl Harbor kerana ‘Jepun tidak boleh mengulangi perang menakutkan itu semula’.

“Bersama-sama Presiden Obama, saya ingin menyatakan kepada dunia ikrar ini untuk masa depan dan nilai perdamaian,” katanya kepada pemberita.

Pada 7 Disember 1941, pasukan armada udara Jepun melakukan serangan besar-besaran ke atas pangkalan tentera laut Hawaii tanpa amaran, menenggelamkan banyak kapal dan mengorbankan hampir 2,400 orang.

Memorial bergerak yang kelihatan terapung di atas bangkai kapal USS Arizona itu menarik dua juta pelancong dan golongan veteran setiap tahun.

Abe mungkin tidak secara rasmi memohon maaf atas nama Jepun, namun seperti yang Obama lakukan di Hiroshima, beliau akan meraikan persahabatan hari ini dengan bekas musuh. – AFP


PM Jepun Kunjungi Memorial Serangan Pearl Harbor PM Jepun Kunjungi Memorial Serangan Pearl Harbor Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.