JOHOR BAHARU : Polis sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki menerima dana tempatan dan asing bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun jumlah berkenaan minimum berbanding 50,000 berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), namun siasatan sentiasa dibuat
Katanya, siasatan terhadap semua NGO berkenaan dimulakan pada bulan lalu dan kes itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
"Walaupun mereka mengatakan menerima peruntukkan untuk pembangunan demokrasi dalam negara ada kemungkinan dipergunakan pihak tertentu untuk mengganggu gugat demokrasi dalam negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Final Ikon Usahawan Muslimah Johor anjuram Persatuan Usahawan Muslimah Johor (PUMJ) di Hotel di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi PUMJ, Rozita Mohd Sanusi.-HM
Polis Kenal Pasti 20 NGO Terima Dana Asing
Reviewed by Unknown
on
December 16, 2016
Rating:
No comments: