BANDA ACHEH: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.
Gegaran pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud itu menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh.
Pegawai Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia, berkemungkinan akibat serangan jantung dan dikhuatiri berpuluh-puluh lagi dipercayai terperangkap di dalam runtuhan rumah.
"Beberapa rumah kedai dan kediaman runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemiliknya dipercayai masih terperangkap," kata Achmad yang juga ketua pejabat pengurusan bencana tempatan, kepada AFP.
"Kami kini menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan mangsa yang terperangkap," katanya.
Ahli seismologi berkata, gempa bumi itu dirasai di kebanyakan wilayah Acheh, yang pernah hancur di badai tsunami Lautan Hindi pada 2004.
Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geifizik tempatan, Eridawati berkata sekurang-kurangnya lima gegaran susulan direkodkan setakat ini. - AFP
TERKINI! Gempa Aceh : Satu Maut, Berpuluh Terperangkap
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: