BINTULU: Seorang pemuda terselamat selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kidurong di sini, tengah malam kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Timbalan Penguasa Bomba Di-Hata Gobel berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Johannes Bato Lian, 29, tersepit di bahagian duduk pemandu hanya mengalami kecederaan di bahagian kepala.
“Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa tersepit,” ujarnya di sini semalam.
Beliau berkata, setelah membuat pemeriksaan, tiada mangsa lain terlibat dalam kemalangan itu.
Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit pada jam 12.02 tengah malam kelmarin dan enam anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya empat kilometer dari balai.
“Operasi menyelamatkan mangsa bermula pada jam 12.11 tengah malam dan tamat pada jam 12.33 tengah malam,” ujarnya.
Dalam kes berasingan, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu turut menjalankan operasi memadam kebakaran belukar di kawasan hutan berhadapan RPR Kidurong fasa dua petang kelmarin.
Pihak bomba menerima panggilan sekitar jam 5.24 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya 14 kilomter dari balai dan operasi tamat sekitar jam 7.24 malam.
Anggota bomba menggunakan satu aliran dua pancutan 1,000 kaki pam jentera, dua ‘fire beater’ untuk memadam kebakaran berkenaan dengan keluasan kawasan meliputi enam ekar.-UB
Tersepit Selepas Kemalangan, Hanya Cedera Di Kepala
Reviewed by Unknown
on
December 01, 2016
Rating:
No comments: