Dua nilai itu kini bukan lagi pilihan sebaliknya menjadi keperluan setiap penjawat awam, kata Morshidi
KUCHING: Penjawat awam di negeri ini khasnya, diingatkan agar terus membudayakan nilai integriti dan inovasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Menyuarakan saranan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani selain itu berkata, dua nilai itu kini bukan lagi pilihan sebaliknya menjadi keperluan setiap penjawat awam.
Malah jelasnya, integriti dalam perkhidmatan awam juga merupakan keutuhan menyentuh soal nilai dan etika penjawat awam selain seharusnya menjadi agenda penting pembaharuan pentadbiran.
“Oleh kerana perkhidmatan awam menyentuh kepentingan dan keperluan awam, matlamat serta tujuan pengurusan awam perlu dilaksana dan direalisasi dengan cekap dan berkualiti.
“Nilai (integriti) ini adalah berkaitan dengan pematuhan kod moral dan etika, kualiti ciri positif keseluruhan dan suci, serta berkait rapat dengan sifat mulia seperti jujur, tulus, amanah, kebolehpercayaan, ketegasan, kesatuan, kesucian, kebaikan dan pengakuran kod nilai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Inte-griti dan Inovasi serta Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2016 di Auditorium DBKU, Bukit Siol di sini, semalam.
Menjelas lanjut mengenai DBKU, Morshidi berkata, ia berperanan sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mentadbir Kuching Utara meliputi semua bidang bermula daripada peranca-ngan, penyelenggaraan infrastruktur sehinggalah kepada pembersihan parit dan kawasan, keprihatinan DBKU dalam aspek keselamatan dan kesihatan juga menjamin kualiti dan perkhidmatan lebih berkesan.
Katanya kod etika kese-lamatan dalam organisasi hendaklah sentiasa diterapkan, dihayati dan diamalkan oleh kakitangan sehinggalah ia menjadi amalan dan budaya keseluruhan organisasi.
“Gabungan antara pematuhan amalan kerja standard, selamat dan sihat akan menjadikan kerja harian kakitangan lebih selamat, kos efektif, peningkatan produktiviti serta mengurangkan risiko terjadi kemalangan di tempat kerja,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau juga menggesa kakitangan DBKU untuk mahir memain peranan dalam media sosial terutama bagi mempromosikan perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat umum.
Pada masa sama, dengan adanya kemahiran berkomunikasi serta mengetahui pera-nan media sosial, penjawat awam juga dapat mengenali dan menjadi lebih peka mengenai keperluan rakyat hari ini yang semakin kompleks.
“Pembudayaan inovasi inilah yang menjadi teras utama dalam melonjakkan transformasi kerajaan di sam-ping meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat,” jelasnya.
Hadir sama Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Pengarah DBKU Dr Saadiah Abdul Samat, Ahli Majlis Datuk Wee Hong Seng dan Residen Ku-ching Shukarmin Chasemon. - UB
Terus Budayakan Nilai Integriti, Inovasi Tinggi
Reviewed by Azmin
on
December 09, 2016
Rating:
No comments: