KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen semalam membuat laporan polis terhadap sebuah portal yang mendakwa terdapat pemimpin DAP Sarawak mempersoalkan kos upacara pengebumian bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Chong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa berkata tiada seorang daripada mereka yang mempertikaikan mengenai kos upacara tersebut.
Beliau selain itu menjelaskan bahawa portal tersebut bukan dikendalikan oleh Pakatan Harapan seperti yang didakwa.
“Saya juga sudah bertanya kepada semua pemimpin termasuk di Semenanjung Malaysia dan portal www.suarapakatanharapan.com bukan dikendalikan oleh mereka.
“Malah kita berasakan bahawa Adenan sememangnya layak untuk mendapatkan upacara sedemikian (State Funeral),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini semalam.
Menurut Chong, portal tersebut seakan mahu memberi gambaran serta persepsi yang buruk terutama terhadap Pakatan Harapan dan mengesyaki ia dikendalikan oleh parti politik pemerintahan terbesar di Semenanjung Malaysia.
“Rakyat Sarawak yang melihat kandungan isi yang dimuat naik portal tersebut juga tahu bahawa ‘penulis’ langsung tidak memahami politik di negeri ini dan selain gagal mendedahkan pemimpin DAP Sarawak yang terlibat, juga mengeja nama bekas Ketua Menteri sebagai ‘Adenan Satim’,” katanya.
Chong selain itu turut memberitahu bahawa DAP bersedih dengan pemergian Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Hadir sama bersama Chong semalam ialah pembantu khasnya iaitu Kelvin Yii dan Abdul Aziz Isa.-UB
DAP Sarawak Tidak Pernah Persoal Kos Pengebumian Adenan: Chong
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2017
Rating:

No comments: