Seo Services

Ibu Nafi Lindsay Peluk Islam


LOS ANGELES: Ibu Lindsay Lohan semalam menafikan pelakon dan penyanyi itu memeluk Islam.

Lindsay mencetuskan khabar angin selepas dia memadamkan semua yang dimuat naik, termasuk gambar di dalam Instagramnya dan mengemaskinikan biodatanya dengan perkataan ‘Alaikum salam.’

Bagaimanapun, ibunya, Dina Lohan memberitahu Gossip Cop, Lindsay hanya mahu berehat daripada media sosial.

Seorang wakil Lindsay juga berkata, pelakon dan penyanyi itu yang sebelum ini terkenal kerana mencetuskan banyak masalah peribadi, tidak memeluk Islam.

Perubahan status sosial selebriti itu mungkin menggambarkan penghormatannya kepada Dubai, negara yang dia kini anggap tempat tinggalnya.

Tindakan Lindsay ‘membersihkan’ akaun Instagramnya mendorong sebahagian peminat percaya dia memeluk Islam.

Ucapan Alaikum Salam itu juga menyebabkan beberapa peminat mengucapkan tahniah kepadanya.

Bagaimanapun, sehingga semalam, Lindsay sendiri tidak menyatakan dia memeluk Islam dan tidak menjawab ketika diminta mengulasnya.

Dia dilapor menyambut Tahun Baru dan bercuti di Dubai.

Cerita mengenai kemungkinan selebriti berkenaan memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.

Dalam satu rancangan sembang di televisyen Turki tahun lalu, Lindsay menjelaskan, kitab itu adalah hadiah daripada beberapa rakannya.

Khabar angin mengenai pengislaman selebriti itu semakin kuat apabila dia mengenakan pakaian Muslimah ketika melawat Turki.-Agensi
Ibu Nafi Lindsay Peluk Islam Ibu Nafi Lindsay Peluk Islam Reviewed by Unknown on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.