Selepas tujuh hari pemergian Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, rakyat negeri ini terus memberi penghormatan mengikut kepercayaan masyarakat berbilang kaum.
Di Kuching kunjungan masyarakat ke Tanah Perkuburan Islam Semariang untuk menziarahi pusara Allahyarham Adenan terus berlangsung.
Seluruh rakyat Sarawak masih mengingati dan mengenang jasa Allahyarham yang memimpin negeri ini sehingga mampu terus menyatukan keseluruhan masyarakat.
Gurau senda Allahyarham ketika berucap sudah pasti membuatkan rakyat begitu senang untuk hadir setiap program yang dihadiri Allahyarham.
Seluruh rakyat Sarawak masih mengingati dan mengenang jasa Allahyarham yang memimpin negeri ini sehingga mampu terus menyatukan keseluruhan masyarakat.
Gurau senda Allahyarham ketika berucap sudah pasti membuatkan rakyat begitu senang untuk hadir setiap program yang dihadiri Allahyarham.
Yang paling utama ialah kenyataan Allahyarham, "Saya Ketua Menteri Untuk Semua Kaum Di Sarawak". Ungkapan tersebut telah direalisasikan oleh Allahyarham hampir tiga tahun menjawat jawatan Ketua Menteri. Di samping laungan 'Ooo Haa' dan 'U U' yang begitu sinonim digunakan dan ia berjaya menyatukan semua kaum.
Pelbagai dasar Allahyarham laksanakan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Dasar Pembangunan Luar Bandar antara dasar yang begitu meyakinkan rakyat dan sedikit sebanyak mengubah kehidupan masyarakat luar bandar.
Hanya dalam masa hampir tiga tahun, Allahyarham mengubah landskap pembangunan Sarawak dengan dasar yang dilaksanakan membuat rakyat begitu terkesan dengan pelaksanaan kepimpinan Allahyarham.
Atas faktor tersebut rakyat masih mengingati Allahyarham dan tidak ketinggalan untuk memperingati pemergian Allahyarham. Sehingga kini rakyat tetap mengunjungi pusara Allahyarham walaupun memandu ribuan kilometer.-Sarawakiana
Jasa Allahyarham Tok Nan Akan Terus Dikenang
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: