Seo Services

Jawatan TKM Tidak Perlu Jadi Rebutan

Pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang baru, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah meninggalkan satu kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri. Belum pun reda isu fitnah dan perkauman, ketua menteri sudah mula ditekanan dengan pelantikan Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Ada yang mengatakan, pelantikan beliau dibuat pada masa yang kurang sesuai kerana dilakukan dalam tempoh berkabung. Namun pada hakikatnya ia terpaksa dilakukan untuk memastikan kerajaan negeri berfungsi sepenuhnya.

Pelbagai spekulasi sudah mula timbul. Ada yang sudah mengeluarkan pendapat bahawa individu yang paling sesuai untuk mengisi jawatan tersebut ialah Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan namun, beliau telah menafikannya.

Turut kedengaran, ada pihak berkepentingan yang mahukan kekosongan tersebut diisi oleh pemimpin berketurunan Cina seperti yang pernah berlaku dalam barisan kabinet negeri sebelum ini.

Mengikut amalam biasa, kita perlu tahu kerusi tersebut adalah hak mutlak PBB dan kuasa melantik Timbalan Ketua Menteri merupakan hak prerogatif Ketua Menteri. 

Pelantikan jawatan Timbalan Ketua Menteri adalah bergantung kepada budi bicara dan keperluan dimana keputusan tersebut merupakan hak prerogatif Ketua Menteri .

Pelbagai pihak telah menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri baru. Merujuk kepada kenyataan mereka, kita tidak perlu bimbang tentang isu pelantikan Timbalan Ketua Menteri.

Abang Jo pasti tahu barisan kabinet terbaik yang diperlukan kepimpinannya. 

Kepercayaan penuh harus diberikan kepada Ketua Menteri untuk memilih individu terbaik yang layak menyandang portfolio kosong tersebut.

Sebagai rakyat Sarawak kita harus menangani isu ini dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan keharmonian kaum.- Sarawakiana
Jawatan TKM Tidak Perlu Jadi Rebutan Jawatan TKM Tidak Perlu Jadi Rebutan Reviewed by Azmin on January 17, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.