Seo Services

Kanak-kanak 7 Tahun Cedera Kaki Tersepit Rantai Motosikal

BETONG: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bandar Baru, Medan Betong di sini tengahari tadi.

Mangsa Sylvester Medang yang membonceng motosikal bersama ayahnya mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelah kiri ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Menurut Jurucakap Bomba, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.40 telah menyebabkan kaki kiri mangsa cedera akibat tersepit pada soket dan rantai motosikal.

“Sejurus kejadian, bapa mangsa datang sendiri ke balai bagi meminta bantuan,” katanya.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. – Sarawakiana


Kanak-kanak 7 Tahun Cedera Kaki Tersepit Rantai Motosikal Kanak-kanak 7 Tahun Cedera Kaki Tersepit Rantai Motosikal Reviewed by uMieySurianie on January 17, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.