Seo Services

Lawatan Keluarga Ke Penjara Sempena Tahun Baru Cina Pada 30 Dan 31 Januari




KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 30 dan 31 Januari ini untuk tarikh lawatan keluarga banduan di institusi penjara di seluruh negara bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata keutamaan untuk program lawatan itu diberikan kepada penghuni kaum Cina.

Katanya, lawatan bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

"Semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan selain tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.

"Makanan dan minuman boleh dibeli dari kantin penjara dan pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan.

"Pelawat perlu mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerima sekiranya ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya," katanya.- BERNAMA
Lawatan Keluarga Ke Penjara Sempena Tahun Baru Cina Pada 30 Dan 31 Januari Lawatan Keluarga Ke Penjara Sempena Tahun Baru Cina Pada 30 Dan 31 Januari Reviewed by uMieySurianie on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.