Gambar Utusan Borneo |
KUCHING: Gandingan Mateo Roskam dan Mark Andrew Hartman diharap dapat menjadi penggempur hebat dalam saingan Liga Super 2017 sekaligus membantu Sarawak untuk berada dalam kelompok teratas liga.
Bagaimanapun, ketua jurulatih Sarawak, David Usop mahu kedua-dua pemain penyerang tersebut segera dapat membentuk keserasian sebelum saingan sebenar bermula Sabtu ini.
Menurutnya, pengalaman yang dimiliki kedua-dua pemain sudah pasti dapat membentuk gandingan yang berkesan bersama Sarawak.
“Saya berharap masa yang tinggal ini dapat mereka gunakan sebaik-baiknya membentuk gandingan mantap untuk merangka dan mempertajam jentera serangan pasukan kita,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini kedua-dua pemain import itu menunjukkan keserasian yang positif semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan.
Sarawak memilih Mateo, 29, pemain kelahiran Croatia pada minggu lalu sebagai penyerang import utama.
Beliau pernah mewakili Sime Darby FC pada 2014 dan kelab Tampines Rovers yang beraksi dalam Liga Singapura pada 2015.
Manakala Mark ternyata cukup berpengalaman bermain pada kejohanan peringkat tertinggi ketika mewakili skuad kebangsaan Filipina pada kejohanan antarabangsa.
Mengenai Demerson Bruno Costa, David optimis pemain import itu mampu bermain dengan baik sebagai pemain pertahanan bersama pemainpemain lain.
“Beliau seorang yang ‘commanding’ dan cukup berpengalaman ketika mewakili kelab di Brazil,” katanya.
Seorang lagi pemain import Sarawak, Lee Jong Ho dari Korea Selatan bermain di posisi tengah.-Sarawakiana
Mateo, Mark Mampu Bentuk Gandingan Hebat Sebagai Mesin Gol
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: