Seo Services

Mesyuarat Khas Kerusi DUN Tanjung Datu pada 19 Jan – SPR


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada 19 Januari ini.

Menurut mengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, SPR telah pun menerima pemakluman rasmi kekosongan kerusi Tanjung Datu daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Asfia Awang Nassar hari ini.

“Kekosongan kerusi DUN N.3 Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat khas pada 19 Januari ini bagi membincang berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.3 Tanjung Datu termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian, Daftar pemilih yang akan digunakan dalam Pilihan Raya itu dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Sidang media akan diadakan sejurus mesyuarat khas,” ujarnya - Sarawakiana
Mesyuarat Khas Kerusi DUN Tanjung Datu pada 19 Jan – SPR Mesyuarat Khas Kerusi DUN Tanjung Datu pada 19 Jan – SPR Reviewed by Admin on January 17, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.