KUALA LUMPUR: Perodua mencatatkan jualan sebanyak 207,100 buah kenderaan jenamanya tahun 2016, iaitui 35.7 peratus penguasaan pasaran daripada 579,600 jumlah keseluruhan industri (TIV).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, walaupun tahun lalu merupakan tahun yang mencabar, tetapi model mereka daripada Bezza hingga Alza telah muncul sebagai nombor satu dalam kategori masing-masing.
“Bagi model Bezza, kami berjaya menjual 36,000 buah pada 2016 yang manjadikannya kereta kompak sedan segmen A nombor satu walaupun hanya dilancarkan pada Julai tahun lalu,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.- Utusan Malaysia
Perodua Kuasai 35.7% Pasaran Automotif Negara
Reviewed by uMieySurianie
on
January 17, 2017
Rating:
No comments: