Seo Services

Perogol Bersiri Bakal Pulang Ke Malaysia

PETALING JAYA: Seorang warga Malaysia di Kanada yang akan selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun atas jenayah rogol mungkin akan pulang ke Malaysia, lapor akhbar Toronto Star.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu tidak bercadang memberi sebarang amaran mengenai Selva Kumar Subbiah, 56, seorang perogol bersiri, walaupun pegawai penjara bimbang dia boleh mengulangi jenayahnya.

Subbiah selesai menjalankan hukumannya pada 29 Januari, selepas dihukum 24 tahun penjara pada 1992 atas 19 kesalahan serangan seks, 24 kesalahan dadah, serta 10 kesalahan melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk serangan dan peras ugut.

Peguam pendakwa raya yang terlibat dalam kes terhadap Subbiah mempersoalkan keputusan menghantar pulang Subbiah tanpa sebarang notis ancaman kepada orang awam.

“Apakah rakyat Kanada menganggap ia adil untuk membuang seseorang itu ke negara mereka tanpa memberitahu sabitan terhadapnya?” soal Paul Normandeau yang kini sudah bersara.

Ketika hukuman terhadap Subbiah dijatuhkan, hakim David Humphrey memerintahkan polis menemani Subbiah kembali ke Malaysia dan memaklumkan pihak berkuasa Malaysia mengenai kegiatan jenayahnya.

Bagaimanapun, Toronto Star melaporkan tidak pasti sama ada pihak berkuasa Canada akan menemani Subbiah apabila tempoh hukumannya tamat bulan ini.

Menurut Agensi Khidmat Sempadan Kanada (CBSA), pegawai akan hanya menemani Subbiah sekiranya wujud kebimbangan terhadap keselamatan awam.

Salah seorang mangsa Subbiah memberi amaran lelaki itu perlu dipantau dengan rapi.

“Mereka tidak boleh ambil ringan,” kata wanita itu yang pernah diserang Subbiah pada usia remaja.

Ketika pendengaran mengenai pembebasannya pada Jun tahun lalu, pegawai penjara memberitahu Subbiah yang dia masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa.

“Maklumat fail mendapati kamu masih tidak mampu bersimpati dengan mangsa, rasa kesal dan gagal mengambil tanggungjawab penuh di atas pilihan anda sendiri,” petik Toronto Star, yang menambah Subbiah mendiamkan diri pada sesi tersebut.

Subbiah tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.- FMT
Perogol Bersiri Bakal Pulang Ke Malaysia Perogol Bersiri Bakal Pulang Ke Malaysia Reviewed by Admin on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.