KUCHING: Pengguna media sosial harus sentiasa berfikrian positif dan waspada dalam menyalurkan maklumat berguna dalam media sosial amnya.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor, mengingatkan orang ramai agar jangan menggunakan media sosial sebagai medium untuk kepentingan diri sendiri bagi menabur fitnah terhadap orang tertentu atau bergurau senda terutamanya isu-isu sensitif.
“Saya sudah beritahu bahawa janganlah digunakan alat ini (media sosial) untuk kepentingan sendiri dan juga menabur fitnah kepada orang tertentu, oleh kerana kita (polis) tidak akan berdiam diri,” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan Bulanan Polis Kontijen Sarawak di sini, pagi tadi.
Mazlan menambah ekoran laporan polis yang diterima berkaitan fitanah dan penghinaan di media sosial terhadap pemergian Allahyarham Datuk Patinggi Adenan Satem 11 Januari lalu, sebanyak 43 laporan telah dibuat.
“Berdasarkan laporan-laporan berkenaan seramai enam suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” jelasnya.
Tangkapan terbaru malam tadi melibatkan seorang individu yang berada di Klang.
Jesteru, Mazlan menegaskan supaya supaya pengguna sentiasa berwaspada ketika ingin memuatnaik status berkenaan isu sensitive kerana pihak polis sentiasa melakukan pemantauan.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak dan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 25 anggota pangkat rendah (APR) dan kakitangan awam diatas tugas yang cemerlang dan amanah dalam melaksanakan tugas.
Turut diadakan upacara penyematan pangkat kepada sembilan pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat ke Deputi Supritendent (DSP). -Sarawakiana
Polis Seru Pengguna Media Sosial Waspada Isu Sensitif
Reviewed by Unknown
on
January 17, 2017
Rating:
No comments: