Seo Services

Salurkan Maklumat Bukan Hanya Lempar Tuduhan – Mazlan


KUCHING: Orang ramai diseru supaya menyalurkan maklumat mengenai kegiatan perjudian kepada pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan perjudian di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, adalah tidak adil jika hanya menuding jari kepada pihak polis namun tiada usaha menyalurkan maklumat kepada pihaknya.

“Jangan hanya melemparkan tuduhan dalam media sosial khususnya, jika ada maklumat mengenai kegiatan perjudian dikawasan yang dikenalpasti salurkan kepada pihak tertentu seperti Ketua Polis Daerah (KPD), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” katanya ketika sidang media selepas majlis perhimpanan bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak pagi tadi.

Mazlan menambah, sebanyak 770 serbuan berkaitan dengan judi atas talian, mesin berkomputer, penjualan nombor ekor secara terbuka, sabung ayam dan loteri awam.

“Pada 2016, tangkapan keatas 1,822 individu dan rampasan mesin perjudian berkomputer sebanyak 1,136 dengan anggaran nilai rampasan RM 458, 135," ujarnya

Jelasnya, usaha membanteras kegiatan perjudian ini akan dijalankan secara berterusan dari masa kesemasa dalam mengekang serta menghapuskan perjudian haram di negeri ini.- Sarawakiana

Salurkan Maklumat Bukan Hanya Lempar Tuduhan – Mazlan Salurkan Maklumat Bukan Hanya Lempar Tuduhan – Mazlan Reviewed by Unknown on January 17, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.