KUCHING : Pemergian secara tiba-tiba Sarawak Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem telah mengemparkan seluruh negeri dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang luar biasa, dan sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan beliau terutamanya ke arah belia dan pembangunan luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin merangkap Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Snowdan Lawan dalam kenyataannya berkata, usaha Allahyarham Adenan untuk melibatkan belia dalam dasar kerajaan adalah untuk melihat belia lebih banyak cenderung dalam pelbagai aspek supaya beliau mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.
"Sebelum itu saya ingin mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham Adenan dan rakyat semua atas pemergian seorang tokoh yang berwibawa dan banyak berjasa kepada pembangunan negeri dan rakyat khususnya luar bandar.
"Allahyarham juga mahu Sarawak supaya negeri ini setanding dengan negari lain di seluruh negara. Oleh yang demikian, beliau melihat ia adalah penting untuk memupuk belia sebagai pemimpin masa depan dan pilihan raya negeri yang lepas menyaksikan beberapa pemimpin belia telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional," katanya kepada Sarawakiana
Menurutnya, di bawah kepimpinan Allahyarham, Kerajaan Negeri telah meletakkan usaha yang ketara untuk menggalakkan pembangunan belia ke arah lebih positif.
"Saya begitu yakin usaha Allahyarham mengenai perkara ini dan melalui pelbagai agensi atau jabatan, program dan peluang-peluang belia untuk meningkatkan kepentingan mereka, kemahiran dan kebolehan mereka telah dimulakan dan direka untuk mengoptimumkan kadar kemajuan pembangunan belia.
"Saya menjangka Ketua Menteri baru, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg akan meneruskan usaha murni ini dan akan bertindak merangka pembangunan belia yang lebih komprehensif untuk membantu golongan belia Sarawak menjadi lebih agresif, proaktif dan inovatif dalam peranan mereka sebagai pemimpin masa depan," ujarnya.
Snowdan juga menegaskan bahawa Koperasi Inovatif Belia Sarawak (KOBIS) adalah contoh yang baik sebagai platform untuk membangunkan potensi belia ke arah kecemerlangan keusahawanan, kerjaya, kemahiran dan inovasi dan turut menekankan keperluan negara untuk melahirkan lebih lebih banyak belia inovatif yang mampu mencipta kesan yang berterusan dalam mewujudkan generasi yang berjaya pada masa akan datang.
"Dalam menekankan agenda pembangunan belia, kita juga mengingatkan bahawa agenda tersebut mesti diperluaskan kepada golongan belia di kawasan luar bandar justeru ia akan meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar.
"Allahyarham Adenan mempunyai wawasan spesific bahawa jurang sosioekonomi antara bandar dan luar bandar perlu diperbaiki serta penambahbaikan di kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf kehidupan dengan program-program seperti RTP, Lebuhraya Pan borneo dan projek-projek pembaikan sekolah luar bandar.
"Kita memerlukan jalan-jalan yang baik untuk berulang-alik dan dengan pelaksanaan lebih banyak jalan-jalan kampung, ia akan menjadi pemangkin bagi meningkatkan peluang perniagaan dan pembangunan fizikal yang sepatutnya," tegasnya.
Beliau yakin Ketua Menteri yang baru akan meneruskan usaha-usaha pembangunan luar bandar kerana ia adalah faktor utama kepada pertumbuhan pengeluaran pertanian keberkesanan, serta kestabilan masyarakat di kawasan luar bandar.
Selain itu, pertanian adalah sektor utama di kawasan luar bandar, dan sumber utama dalam pekerjaan atau pendapatan penduduk luar bandar. Ia secara langsung ia akan mempengaruhi proses ekonomi, sosial dan demografi di wilayah luar bandar.
"Bagi memastikan integriti wilayah dan budaya Negeri berkaitan tanah penempatan dan penambakan harus diselenggarakan dengan sistemetik dan Kerajaan harus datang dengan pelan yang komprehensif dan bersepadu bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar agar mereka boleh menikmati pembangunan infrastruktur yang dibawa oleh kerajaan.
"Dalam pada itu saya turut berharap bahawa Ketua Menteri yang baru dilantik akan mempertimbangkan untuk memasukkan lebih dipilih wakil PRS dalam kabinet baru beliau dan yakin bahawa ADUN PRS yang dipilih oleh rakyat mampu bekerjasama dengan Ketua Menteri untuk meneruskan agenda kerajaan serta membawa masyarakat luar bandar ke tahap lebih tinggi," tambahnya
Snowdan turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak ke enam. dan memang diketahui beliau adalah seorang yang berkaliber dan pengalaman serta percaya bahawa Ketua Menteri akan meneruskan warisan Allahyarham Adenn serta lebih baik dan berkesan lagi.-Sarawakiana
Snowdan Yakin Abang Jo Teruskan Pembangunan Belia Dan Luar Bandar
Reviewed by Unknown
on
January 17, 2017
Rating:
No comments: