Seo Services

1,125 Terjejas Banjir Di Utara Sarawak


MIRI: Seramai 1,125 penduduk termasuk pelajar sekolah rendah di utara Sarawak terjejas dan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sehingga jam 8 pagi tadi.

Tujuh sekolah itu adalah di kawasan Baram, manakala sebuah di Limbang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Medamit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata semua sekolah itu ditutup untuk sementara waktu.

"Manakala mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Medamit adalah seramai 415 penduduk," katanya hari ini.

Sekolah yang ditutup ialah SK Long Bemang (103 pelajar),SK Long Panai (38 orang),SK Long Atip (15 pelajar), SK Long Subing (29 pelajar),SK Long Subeng (29 pelajar) SK Long Ukong (91 pelajar). SK Long Loyang (117 pelajar), SK Ukong (91 pelajar) dan SK Rumah Ranggong (96 pelajar).-BH
1,125 Terjejas Banjir Di Utara Sarawak 1,125 Terjejas Banjir Di Utara Sarawak   Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.