Seo Services

Mendung Escape, Hidang Keindahan & Kedamaian Luar Biasa


SINGAI: Mendung Escape yang terletak di bahagian barat Gunung Serapi merupakan kemudahan inap desa pinggir bandar yang belum diketahui umum.

Ia menjanjikan keindahan dan kedamain yang tidak diduga walaupun lokasinya kira-kira 30 km dari Bandaraya Kuching.

Screen Shot 2016-09-06 at 6.39.26 PM

Terletak kira-kira 200 m dari aras laut, pengunjung perlu mendaki sekitar 40 minit dengan jarak mendaki sekitar 800 m untuk sampai ke lokasi inap desa Mendung Escape.

Kemudahan inap desa ini dilengkapi tiga bilik yang memberi pilihan penginapan berkeluarga, 'back pakcers' dan pilihan bilik bulan madu istimewa untuk pasangan-pasangan yang mengimpikan privasi.

Image result for mendung escape kuching

Dibina di kawasan gunung, fasiliti ini dibina di lokasi yang paling strategik kerana ia menghidangkan pemandangan yang paling indah.

Hiasan dalam bercirikan etnik tempatan dan kontemporari menjadikan ia sebuah fasiliti yang amat menenangkan.

Paul, seorang pengunjung baru di Mendung Escape berkata, kemudahan inap desa ini ringkas tetapi sangat selesa untuk didiami.

Image result for mendung escape kuching

"Saya akan berkunjung semula dalam masa terdekat untuk melakukan penulisan tesis saya kerana keadaan yang sunyi di sini banyak membantu saya untuk lebih fokus," kata Paul yang sedang melanjutkan pelajaran di peringakat PhD.

Tambahnya, walaupun kita terpaksa mendaki untuk sampai ke lokasi inap desa ini, pendakiannya tidaklah terlalu mencabar. Jaraknya sekadar cukup untuk mengeluarkan peluh.

Image result for mendung escape kuching

"Reka bentuknya ringkas tetapi menarik. Lokasinya membolehkan kita melihat pemandangan yang sangat indah terutama pada waktu senja dan awal pagi," tambahnya.

Kepada yang berminat untuk berkunjung ke Mendung Escape, bolehlah membuat pertanyaan di talian 010-961 5338, Encik Ariff Arbi. - Sarawakiana
Mendung Escape, Hidang Keindahan & Kedamaian Luar Biasa Mendung Escape, Hidang Keindahan & Kedamaian Luar Biasa Reviewed by Azmin on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.