Seo Services

415 Mangsa Banjir Limbang Dipindahkan


LIMBANG: Seramai 415 orang daripada 136 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 8 pagi tadi.

Ia merupakan pertambahan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan berbanding 243 orang daripada 79 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua mangsa adalah dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Hujung Jalan.

"Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit," katanya.

Selain itu, beliau berkata, seramai 710 pelajar sekolah rendah dari lapan sekolah di Limbang dan Miri tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini.

"Kesemua sekolah ini tidak beroperasi kerana terjejas akibat banjir," ujarnya.-Sarawakiana


415 Mangsa Banjir Limbang Dipindahkan 415 Mangsa Banjir Limbang Dipindahkan Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.