Menempuh alam rumahtangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Setiap individu yang berkahwin juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menghebohkan perkahwinan mereka. Terpulang kepada individu tersebut untuk merancang majlis perkahwinan secara besar-besaran terlebih dahulu, atau secara sederhana sahaja dan ataupun sekadar akad didahulukan.
Sebagai contoh yang terbaik pada masa ini ialah majlis resepsi perkahwinan artis Malaysia Shuib (Sepahtu) dan isterinya Siti Sarah Raisuddin yang dilangsungkan baru-baru ini setelah enam tahun mendirikan rumahtangga.
Sememangnya rumahtangga Shuib dan Siti Sarah patut dicontohi kerana pada enam tahun lepas kedudukan kewangan mereka tidak stabil untuk mengadakan majlis perkahwinan yang 'Grand'. Apa yang penting bagi mereka ialah akad nikah yang lebih utama terlebih dahulu supaya hubungan mereka sah pada hukum syarak.
Satu lagi yang patut dicontohi ialah sikap Shiub yang berjimat cermat untuk mengadakan majlis resepsi dengan kejutan yang memberi kesan mendalam kepada isteri dan keluarga. Dimana tindakan Shuib yang menempah cincin bertahkta berlian bagi menggantikan cincin yang diberi kepada Siti Sarah enam tahun yang lepas.
Moralnya tindakan Shuib ialah, beliau lebih mengutamakan yang dituntut oleh agama Islam terlebih dahulu dan melakukan perkara yang lain kemudian walaupun ia mengambil masa dan tindakan Shuib juga mengelak daripada pembaziran berlaku.
Syabas Shuib dan Siti Sarah kerana melakukan perkara yang baik dalam kehidupan dan semoga kehidupan kekal ke Jannah.-Sarawakiana
Yang Utama Akad, Resepsi Kemudian - Shuib & Siti Sarah
Reviewed by Unknown
on
February 27, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
February 27, 2017
Rating:

No comments: