Seo Services

74 Mayat Imigran Ditemui Terdampar Di Pantai Libya


TRIPOLI – Sebanyak 74 mayat imigran yang lemas di Laut Mediterranean ketika cuba belayar ke Eropah ditemui terdampar di sebuah pantai di barat dekat ibu kota Libya, Tripoli, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Libya (IFRC) kelmarin.

IFRC memberitahu, penduduk di perkampungan Harcha, luar Zawiya iaitu kira-kira 45 kilometer dari Tripoli memaklumkan kepada pasukan kecemasan selepas menemui sebuah bot rosak dipenuhi mayat di pantai itu.

Lebih banyak mayat ditemui terdampar di kawasan lain di pantai itu dan ramai lagi mangsa dikhuatiri lemas di laut.

Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Facebook IFRC menunjukkan barisan panjang beg plastik berisi mayat yang diletakkan di pantai.

“Kami tidak mempu­nyai kenderaan sesuai untuk membawa mayat atau kubur untuk menanam mayat-mayat yang tidak dikenali ini.

“Beberapa mayat masih berada di pantai dan sebilangan lagi masih terapung di laut,” kata perkhidmatan kecemasan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) memberitahu, bot itu dilaporkan karam Ahad lepas, menyebabkan sehingga 100 orang penumpang mati.

“Penyeludup-penyeludup manusia dilaporkan mencuri enjin bot dan membiarkan bot ini hanyut di tengah laut.

“Mereka yang terselamat telah dihantar ke hospital,” kata IOM.

Menurutnya, bilangan imi­gran yang maut ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean sepanjang tahun ini ialah 365 orang. – AFP


74 Mayat Imigran Ditemui Terdampar Di Pantai Libya 74 Mayat Imigran Ditemui Terdampar Di Pantai Libya  Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.